Haa yummyyyy🤤🤤🤤
Siapa peminat asam pedas kampung boleh la try buat dekat rumah. Sebab kalau macam aku, aku lebih suka asam pedas jenis macam ni berbanding dengan asam pedas melaka hehe.
Lain orang lain citarasa nya. Tapi seriously you guys should try this asam pedas ! Yummy gitu ♥️
Okay so resepi2 nya adalah . . .
Resepi asam pedas kampung 🤤
* bawang merah
* bawang putih
* kunyit hidup
* cili kering
* biji ketumbar
* jintan manis
- belacan
- Ikan ( 4 ekor )
- Serai
- Tomato
- Bendi ( suka hati )
- asam keping (penting)
- Garam dan gula secukup rasa. ( gula tu ikut selera masing2)
- bunga kantan
- daun kesum
.
Alright, cara-caranya adalah 🙂
.
1) yang tanda (*) blend kan sampai hancur or kalau nak guna cara tradisional boleh tumbuk guna lesung batu. 😅
2) masukkan bahan kisar ke dalam kuali then letak air ( agak2 je tau. *tips: biasanya kalau masak benda berkuah macam ni, jangan letak air banyak sangat sebab lagi sikit air tu sebenarnya lagi sedap tau*
Haa lepas tu korang rebus je bahan yang dah dikisarkan tadi.
3) then masukkan bunga kantan,serai, daun kesum
4) pastu agak2 kalau dah nak masak tu masukkan ikan
5) dan akhir sekali bila dah mendidih sikit masukkan tomato and bendi.
6) haaa sebelum tu jangan lupa masukkan belacam and garam. (Gula tu ikut selera ye, sebab setengah orang tak suka masakan yang ada gula)
Yeayy dah siapp🌸♥️ hehe jadi itu sajalah resepi untuk asam pedas ni. Simple kan?
Comments
Post a Comment