• LIFE •
Weh tengoklah hahaha sumpah weh muka Baim dengan Paula memang berubah. Pandai betul orang yang make up tu.
HELLO MZURI!!
Tau tak lately ni kan, aku selalu gila tengok youtube channel Rans Entertainment , BaPau (Baim Paula) and The Sungkar Family Aku mula subscribe youtube channel diorang semenjak diorang pergi holiday sama-sama dekat Jepun. Sumpah aku cakap, setiap hari aku tertunggu-tunggu new video daripada diorang tau. Jarang-jarang nak berlaku dalam hidup guys hahaha. Biasanya aku tak sabar nak tengok new episode KDrama je tapi kali ni aku tak sabar nak tunggu New Video daripada mereka.
Okay kalini aku nak highlightkan video Baim Wong di mana dia menyamar menjadi seorang pengemis. Baim Wong menyamar dan meminta sedikit wang dan makanan daripada orang awam. Ada yang bagi dia makanan, duit dan sudah tentu ada juga yang mengelak dan melarikan diri. Tapi apa yang menariknya dalam video Baim Wong kali ini adalah, bagi pihak mana yang menghulurkan bantuan kepada dia, dia balas balik dengan memberi wang sebanyak 2 juta rupiah kalau tak silap aku. Jap aku dok sembang pasal Baim Wong ni, korang kenal tak Baim Wong tu siapa? Mesti la kenal kan? Famous kot dia tu. Aku start minat Baim Wong semenjak dia berlakon Benci Bilang Cinta. Zaman aku sekolah rendah weh. Tak sangka aku masih minat sampai sekarang di mana umur aku dah 21 tahun dah pon.
Ha ni lah Baim Wong.
Mesti pelik kan, kalau dia famous takkan la orang tak boleh nak cam muka dia waktu dia menyamar jadi pengemis tu kan? jap eh
Penyamaran Baim Wong sebagai seorang pengemis
See, pergh memang padu gais dia punya pakaian, make up, janggut la apa la. Memang tak boleh cam langsung weh. Dengan warna kulit pon berubah uolls hahaha.
Okay back to the topic,
Sepanjang aku tengok video Penyamaran dia tu, aku enjoy sangat. Aku tahu dalam dunia ni masih ramai yang prihatin dengan orang gila atau pengemis walaupun hakikatnya mereka takut. Video dia buat aku terfikir mengenai rezeki. Apa yang aku boleh simpulkan daripada video Baim Wong adalah:
"Kalau kau nak dimurahkan rezeki maka hulurkanlah bantuan kepada yang memerlukan. Sedekah walaupon 10 sen"
atau...
"KAU TAK AKAN JADI MISKIN DENGAN BERSEDEKAH"
Kenapa aku simpulkan macam tu? Okay kau bayangkan ada sorang pakcik tu bagi Baim Wong sebungkus roti tak silap aku. Pakcik tu tak tau pon yang pengemis tu adalah Baim Wong. Pak Cik tu bagi dia makanan walaupon hakikatnya kalau kau tengok video tu, kau akan tahu yang Pak Cik tu bukannya orang senang. Selepas pak cik tu bagi roti, Baim Wong akan pura-pura pergi dan dia datang semula dekat pakcik tu, dan hulurkan wang tunai dekat pak cik tu. Pak cik tu memang terkejut dan tak nak ambil duit tu sebab jumlah dia banyak, tapi lepas Baim Wong jelaskan perkara sebenar, kau akan tengok muka pak cik seolah-olah tak percaya bahawa dia akan dapat rezeki yang berlipat ganda dengan hanya sebungkus roti. Bukan tu je, makcik jual pisang, driver teksi, pekerja kedai runcit. Raut wajah diorang memang nampak terharu dan sangat bersyukur. Dan yang paling aku kagum adalah, Baim Wong akan pesan
"TERUSKAN BERBUAT BAIK YA."
Bagi aku Baim Wong dan isteri sangat bermurah hati dan semoga Allah memberikan rezeki kepada mereka yang berlipat kali ganda.
Okay aku akan sertakan video itu disini ye. π
Weh tengoklah hahaha sumpah weh muka Baim dengan Paula memang berubah. Pandai betul orang yang make up tu.
Comments
Post a Comment