Hello Mzuri!
Tak weh!! aku tak curi skema jawapan pon huwaaa!!!
okay cerita dia macam ni...
2013...
Bila sebut je pasal exam ni, mesti tetiba rasa sakit kepala. Lagi sakit kepala bila tak tahu topic apa yang akan masuk nanti. Jap, yang ni bukan tips untuk jawab exam tau. Ni aku nak bercerita jap pasal pengalaman aku hafal jawapan. Sumpah ni first time dalam hidup aku buat ceni. Biasanya before jawab exam, aku akan hafal la theory yang penting-penting tu or hafal formula ke apa ke. Tapi kalini aku bukan hafal semua benda alah tu, ni hafal jawapan terus ni. memang 40/40 la jawapannya. Tapi dulu nak rasa pandai sikit dalam bab menipu ni, aku saja-saja la buat salah dalam 2/3.
okay cerita dia macam ni...
2013...
Setiap hari jumaat akan ada perhimpunan rasmi dekat sekolah aku. Memandangkan sekolah tu jenis berasrama jadi tak akan ada masalah kelewatan masuk perhimpunan bagi semua pelajar melainkan kalau memang ada yang sengaja masuk lambat. Aku selalu masuk lambat kalau perhimpunan tak rasmi je. Malas betul nak dengar orang pot pet pot pet dekat depan. Lagi aku malas bila cakap nak marah-marah je.
Kitorang ada perhimpunan setiap hari. Isnin-Khamis dengan kaum masing2 la. contohnya pelajar puteri dengan puteri je la, tak ada campur dengan putera. Dan yang conductnya mestilah pengawas kan. Aku dalam banyak2 perhimpunan ni, aku suka hari jumaat je yang rasmi punya. Sebab aku suka dengar cikgu Nazri berucap. Lawak!! dia macam buat perhimpunan tu dia yang punya. Okay waktu tengah beratur, dah habis nyanyi lagu sekolah apa semua, semua cikgu akan duduk atas kerusi dan kitorang yang murid ni macam biasa la berdiri tegak. Kalau ada luck je la boleh duduk sambil main batu kecik2 atas jalan tar tu.
k nak dijadikan cerita nya, waktu tu kitorang ada paper sains tau. Objektif punya. Oh ye, waktu tu aku F3. Cikgu sains kitorang ada dekat perhimpunan tu dan dia bawak skema jawapan. Tapi, skema jawapan tu ada dalam file dan file dia pulak yang jenis jarang2 tu. Kawan aku ni pulak mata jenis mata burung helang la kot, bapak laju dia boleh nampak dan dia boleh hafal woii semua 40 jawapan tu. Patut khusyuk je aku tengok, biasanya dok goyang2 badan tu bila time perhimpunan sampai pengawass pon malas nak tegur dah. Lagi satu kawan aku duduk barisan depan, so memang boleh nampak lagi jelas la. Yang paling tak boleh bla tu, dia boleh lagi struggle menghafal hahaha ingatkan berdoa ke apa, Jap la aku lukiskan, biar nampak bayang. Jangan terkejut tau sebab lukisan aku memang lawa gila namatiii
Haa nah!! yang HIJAU tu cikgu aku. Yang OREN tu pulak, kawan aku. Cantikkaan!! lagi cantik daripda lukisan Teme Abdullah tau!! hahaha gurau gurau. Haa cakap pasal Teme, cantikkan gila kan dia lukis weh!! boleh nangis sia tengok lukisan dia! AMAZING!!
Okay, dapat bayang dah kan macam kedudukan kawan aku dengan cikgu sains tu. Dulu tak ada pentas, tapi sekarang ni sekolah aku dah ada pentas. So cikgu2 semua duduk atas pentas. Makanya kalau cikgu tu bawak skema jawapan pon, murid tak akan nampak dah hehe
Habis je perhimpunan, terus kawan aku panggil kitorang, dia suruh hafal. hahahhaa bagus betul! Dah nak PMR pon tak taubat2 lagi. Basically, yang ada dekat sekitar tu je la tau, tapi benda macam ni cepat je spread. Aku pon apa lagi, memang hafal sungguh2 punya la sebab aku dulu bodoh sains ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ tapi kan bila naik menengah atas, aku jadi pandai sains hhahahahaha ni kira macam angkat bakul sendiri la jugak. Dah tak ada orang nak puji kan, so puji diri sendiri je la. soddeh!!
Masuk je dewan exam tu, perghh rasa macam wow wow bestnya jawab paper sains ni, rasa nak buat kenduri. Dulu nakal, tak pikir panjang. Dapat je result kan, perght semua markah tinggi2 sampai cikgu aku pon macam wow hebat ye anak murid saya ni. Tapi aku rasa, cikgu aku tau je ada something wrong somewhere sebab macam mustahil untuk kitorang yang kelas bawah ni. Memang ada je kawan aku yang memang pandai, sentiasa dapat A. Contohnya Kamilah kan, yang tu memang tak mustahil la kalau markah tinggi pon sebab memang pandai tak boleh bawak bincang. Kadang kelas first pon boleh kalah dengan Kamilah tau!
Haa tu la ceritanya. Bila fikir2 balik memang rasa macam tak patut la buat macam tu kan. Kesian pon ada dekat cikgu sains aku tapi bila fikir lagi, tak apalah kenangan hehe. Memang kenangan betul la untuk aku. Aku ni jahat macam mana pon tak ada la sampai nak meniru the whole jawapan atau meniru dalam exam. Kiranya ni first and last la aku meniru. YA ALLAH SAYA MINTA MAAF CIKGU!!! Tapi yang lawaknya semua huru hara dok hafal "ayam ayam dadu cacing ayam badak badak badak ayam" Macam baca mantera dah weh hahaha.
Comments
Post a Comment