Trip to Perhentian Island. (Student Budget)


Hello Mzuri! Jom bercuti!!



Aku saja nak share dengan korang semua pasal trip aku ke Pulau Perhentian dengan kawan aku. Yang ni boleh dikatakan, trip pertama aku yang agak jauh dengan kawan aku. Aku selalu je bercuti sana sini, tapi memang semua dengan family dan tak pernah lagi pergi holiday dengan kawan-kawan even waktu zaman sekolah. Zaman sekolah kan banyak rombongan sana sini, aku mana pernah join sebab parents aku tak bagi. Diorang kata kalau nak pergi bercuti mana-mana, bagi tahu je diorng nanti diorang bawakkan tapi kalau nak pergi rombongan sekolah IS A BIG NO!! Mak aku selalu cakap macam ni dekat aku "bahaya la naik bas" "tengok adik, tak pernah pon minta nak pergi mana-mana rombongan" "ala macam la tak pernah pergi sana" "nanti mak bawakkan" "anak mak ada dua orang je, apa-apa jadi nanti susah" hahaha itu lah antara ayat-ayat yang mak aku bagi setiap kali aku nak join rombongan sekolah. 

So, bila aku dah masuk umur 21 ni, aku try minta izin mak and ayah aku yang aku nak pergi jalan-jalan dengan kawan aku waktu cuti sem and alhamdulillah diorang izinkan tapi lepas aku balik daripada holiday, mak aku bising, eh? haaa aku pon confuse dah ni. Rasanya dah dapat kebenaran. Okay okay kita mulakan cerita perjalanan aku okay dari UIA Gombak ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Alright! Mari kita mulakan!😙😻

Okay, aku turun dekat Kota Bharu sebab lagi dekat sebenarnya kalau nak ke Pulau Perhentian. So dari UIA aku naik bas. Aku suruh kawan Kelantan aku belikan tiket. Okay kenapa? bagi menjimatkan duit, aku ambil keputusan untuk join kawan-kawan dari Kelantan balik sana. Untuk Pantai Timur, diorang ada sediakan bas setiap kali cuti panjang, so aku pon acah-acah la macam nak balik Kelantan padahal tak pon. Tapi huru hara jugak la mula-mula sebab aku memang tak tahu apa-apa macam mana nak ke Pulai dari KB. Tiket bas dari UIA ke KB dalam RM45.

Sampai je KB aku pergi ke station bas KB yang dekat dengan Parkson pastu ada Pasar Siti Khadijah tu. Aku nak ambil bas ke Jeti Besut. Alhamdulillah 2 orang kawan aku dari Kelantan tolong bawakkan. Thanks gais!

Ni kitorang tengah get ready nak pergi beli tiket bas. hehe Tapi memang berterima kasih gila la dekat dua orang kawan aku tu dengan boyfriend kawan aku sebab tolong hantarkan kitorang ke sana sini, breakfast apa semua.

Okay, untuk tiket bas dari KB ke Jeti Besut harga dia RM6. Korang jangan pakai naik je tau, korang kena naik bas 639 untuk ke Jeti Besut. Jangan risau bas ni sentiasa ada, macam aku, aku amek bas pukul 8.
Haa yang atas kepala kawan aku tu ada jadual perjalanan Bas 639. 

Alhamdulillah, settle beli tiket terus rasa lega. ha yang kiri dengan kanan aku ni la kawan-kawan yang tolong aku tadi. Asalnya nak pergi berempat tapi last-last aku dengan Pani je Onz. Suha memang tak nak pergi hahaha

Perjalanan ke Jeti Besut ambil masa dalam lebih kurang sejam kalau tak silap aku. ke tak sampai sejam. depends la jalan sesak macam mana. Tapi so far, jalan elok je.

Wuu Wuu dah ready ni nak terjun laut

Okay sampai je Jeti Besut, kitorang call Tekong (BoatMan). Kitorang pengangkutan pergi balik dari Jeti free sebab dah termasuk sekali dengan package. Kitorang amek Package dari Awatif Campsite selama 3 hari 2 malam. Kitorang amek package camping punya dan total package RM140. RM140 tu termasuk boat pergi balik dari jeti Besut ke Pulau Perhentian, Breakfast, Snorkeling 6 Checkpoints dan equipments dia. Nak dapat murah korang kena kasi kad student la hehe.

Ni tempat tidur kitorang. Jangan risau kita stay dekat long beach so ramai orang. Kadang ada yang risau tak takut ke sebab malam-malam kan ada fire show pastu ada orang mabuk. Haa tak pe sebab kita bukan duduk betul2 dekat dengan Fire Show pon. Tapak dia dekat dengan Hotel Mimpi Kita yang dekat dengan jeti. Pastu bukan ko sorang je yang camping situ. Waktu aku pergi tu malam first tak ramai sangat sebab hari Khamis kan. Ada foreigner dalam 4 orang pastu ada sekumpulan kawan dengan ada la makcik dengan anak dia. Malam kedua, Jumaat memang ramai teruks tapi best. Malam kedua tu camping sekali dengan student dari Politeknik tak ingat dari mana. Tapi memang riuh dan ramai la. Yang paling peramah khemah belakang kitorang which is makcik ni selalu gila datang sembang dengan kitorang lepas tau kitorang ni UIA sebabkan anak menantu dia pon UIA huhu. Classmates lelaki aku pon ada jugak dekat sana tapi diorang menginap ramai-ramai dekat2 dengan tapak fire show tu. Macam tak sangka gila jumpa classmates sendiri, time snorkeling pon sekali huhu tapi boat lain-lain la.

Bahagia bukan muka aku duduk dalam khemah hahahaha!! Ey sumpah kalau ada peluang lagi aku nak duduk dalam khemah lagi sebab memang terasa camping dia tau!

Okay ni view yang kau akan dapat bila keluarnya dari Khemah. Aku amek row 3 so dia strategic la tempat dia. Waktu sunset, sunrise semua kau boleh nampak. Pastu belakang tapak perkhemaham adalah laluan orang hiking Windmill.

Sini pulak tempat solat, charge phone dan sebagainya. Toilet aku tak teringat la pulak nak amek gambar. tapi toilet ada 6. Eh waktu nak mandi kan hahahahah sumpah aku teringat zaman sekolah main cop2 "lepas kau, aku tau!"

Sampai-sampai je dia terus main air dengan tak tukar baju apanya.

erghh!! im really bad at taking a selfie picture!😠

Lunch dekat Awatif Cafw. Harga standard pulau tapi memang yumzz!

Lepas makan apa lagi? Tangkap gambar dulu sebelum tukar baju mandi

Okay im ready!!! yooo im ready yoo!! Oh yang aku lilit dekat pinggang tu shawl sebab nak tutup bahagian atas bila aku naik darat. Sebab bila kita mandi mesti melekatkan tambah2 lagi aku memang pakai baju khas untus sport pastu legging pulak tu. 

Petang tu kitorang hiking windmill dan phone aku habis baterry. hm sedih! so memang gambar ni je ada tu pon nasib phone kawan aku ada battery sikit. Menyesal pulak tak bawak naik powerbank pastu dah tahu battery sikit gatal pergi update ig story! Haa tepuk!!

Esoknya, kitorang pergi snorkeling. before snorkeling kita pergi water briefing dulu

Bahagia ye muka dia. Waktu dekat turtle point pani dia tak pergi tengah2 pon sebab dia takut hahahaha puihh tinggal aku sorang. Tapi memang seram pon weh sebab dalam gila. Penyu besar nauuu. Aku cari pani, pandang-pandang belakang, eh minah ni dah naik boat.


japp!! Before aku lupa, ni dia punya snorkeling points yang kau akan pergi. Aku amek Long Trip. Start pukul 11 pagi.

Aku teringin nak main kayak, sebab last aku main kayak waktu aku F4 tak silap aku. Tapi tak nampak pon orang main huhu

Ni kitorang order dekat restorang yang sebelah dengan fire show. Kalau nak dinner, pergi area fire show sana, sebab banyak kedai dan majority sedap!

Second day!!! Jalan jalan dulu amek angin pantai. Alaa ada banyak gambar tapi malas nak up.

Last dayyy yo!!! Hope to see you again Perhentian Island


Dari Pulau Perhentian ke Jeti Besut, naik boat under Awatif dan tak payah bayar dah. Dari Jeti ke Airport Kota Bharu aku amek Van. Bayar dalam RM25.  Kalau korang datang ramai dalam berempat atau berlima, better amek grab. RM70. Nampak mahal tapi bila bahagikan, sorang bayar dalam RM17.50 sahaja. Tapi sebabkan aku berdua kan, so lebih jimat naik Van.

Dari Kota Bharu ke KL, kitorang amek flight. Aku tak ingat harga berapa tapi dalam RM70.

 Dari KLIA ke KL Sentral, kitorang naik bas. Kaunter dia ada dekat gate mana ntah aku lupa hahahha sorry tapi bas ada setiap 20 minit. Bayar dalam RM10 je tak silap aku. Kira murah la daripada kau naik grab dan RM100. Murah 90 ringgit. Jap tambang dalam RM10-12 la. Aku pon nyanyuk dah.

Okay jadi itulah Perjalanan pergi dan Balik aku dari UIA ke Pulau Perhentian. Waktu nak pergi mencabar sebab driver bas buat hal. Dia turunkan kitorang dekat tempat lain pastu driver macam tak tahu jalan area situ sampaikan brother yang in charge tu minta maaf banyak kali.

Jap aku listkan total semua okay


UIA-KB (RM45)

KB - JETI BESUT (RM6)

Awatif Package (RM140)

JETI BESUT - AIRPORT KB (RM25)

KBR - KLIA (RM70)

KLIA - KL SENTRAL (RM12)

MAKAN (RM50)

TOTAL = RM348

Makan tu aku anggarkan je tapi untuk aku lebih sebenarnya. Dan lagi ramai pergi lagi murah. Banyak habis dekat transport. Bahagian bayaran transport boleh kurangkan lagi sebenarnya. Tak apa ni first time, so dia jadi macam huru hara sikit mula-mula. Kalau ada rezeki lagi, aku akan cuba kurangkan bahagian transport. Tapi makan tu kau pandai-pandai la share dengan kawan, bincang macam mana. Tapi untuk aku bahagian makanan memang lebih RM50 sebab aku tolak bahagian souvenir sebab aku dah shopping dekat Pasar Siti Khadijah. Betul-betul totalnya adalam RM400 la kalau nak selesa sikit. 

Oh ye, aku pergi sana, aku kumpul duit. Aku tak guna duit allowance dari parents aku. Aku kerja part time (sabtu,ahad) waktu cuti sem pastu aku buat bisnes jual baju and barang-barang kpopers, so alhamdulillah before aku pergi aku dengan partner aku bahagikan untung masing-masing. Adalah aku guna duit allowance tu sikit, tapi aku guna untuk dobi huhu.

Walaupun sekarang aku tertanya, mana gaji kerja part time aku? Tapi bila aku bukak ig pastu nampak gambar2 yang aku update, ouhh dekat pulau rupanya duit gaji aku huhu. Gaji aku tak banyak pon, RM45 SEHARI! (13 JAM). Adalah aku kerja dalam beberapa kali dan dapatlah dalam rm300 gitu. 

Eh tersasar jauh dah ni. hehe okay lah, sampai sini je aku share okay uolls. bye bye 🤟




Comments