Trip To Pulau Pangkor, Perak, Malaysia

Hello Mzuri! Jom Bercuti!!



Ha baru-baru ni aku pergi Pulau Pangkor. 2 hari 1 malam je. Bukan lah nak bercuti sangat pon tapi lebih kepada nak hilangkan kebosanan duduk rumah and hilangkan stress. Kalau kita stress kan, salah satu cara macam mana nak menghilangkannya atau mengurangkannya adalah dengan berinteraksi dengan alam semula jadi. Suka hati korang lah nak macam mana. Kalau jenis yang minat dengan kehijauan, boleh la pergi hiking ke apa ke. Tapi kalau aku dan keluarga, kitorang suka laut. memang dari aku kecik kecik cili padi lagi parents aku selalu bawak pergi pantai. Haa sampai kan aku ada impian nak buat wedding beach theme. haa kau jemah, sampai ke wedding aku nak berpantai pantainya.

Alright, tujuan aku up blog kalini adalah sebab saja nak share dengan korang aku menginap dekat mana dan dinner dekat mana. More to review la tau. oh by the way, Pangkor ni adalah satu destinasi yang paling dekat dengan hometown aku, sebab tu kitorang boleh release stress dekat situ. Kalau korang nak tenangkan fikiran sekejap daripada kerja2 pejabat atau assignment ke apa ke, pergi lah destinasi yang dekat dengan korang dulu. jangan la jauh2 sangat sebab kang lagi tension pulak hahaha Tapi, kalau memang tujuan nak holiday sepuas puasnya haa memang helok la jauh-jauh pon. Tapi semua ni terpulang pada citarasa masing-masing kan.

Alright, aku dah masuk pangkor banyak kali, tapi kalini kitorang menginap dekat Nipah Bay Villa. Aku tak ingat satu malam berapa sebab yang bayarnya mak aku huhu. Tapi tempat dia memang cantik dan bersih. Kalau breakfast macam biasa lah kan disediakan dan menu dia English Breakfast. Yang bestnya kalau dekat pangkor ni, better tidur dekat tempat yang korang senang nak pergi pantai and jalan-jalan cari makan. Tempat yang aku menginap ni memang boek la sebab dekat dengan semua benda. Tapi kalau korang nak pergi masjid terapung ke apa ke macam historical place tu still la kena naik teksi atau sewa moto. Dekat Nipah Bay villa tu pon diorang sediakan motor untuk disewa. RM40. Kalau korang pergi ramai-ramai, better tak payah sewa kereta la kot, sebab Pangkor ni kecik dan dia tak macam langkawi. Korang sewa je moto sebab senang nak parking atau naik je teksi. ha kalau korang ada 6/7 orang lagi jimat aku rasa kalau naik teksi. contoh tambang untuk pusing satu pulau RM 90. Kalau pergi 7 orang, sorang bayar dalam RM12 je. contohhh tau contoh.

ha ini lah teksinya kalau korang dekat Pangkor. 

Oh, tambang dari jeti Lumut tu nak ke Pulau Pangkor RM16 untuk dewasa dan dia akan mengambil masa lebih kurang dalam 45 minit macam tu la. Dan korang kena tahu dulu, korang punya destinasi tu perhentian yang pertama atau kedua. Tapi kebanyakannya orang akan turun dekat perhentian kedua. Don't worry, before naik tu, tanya dekat kaunter dulu. Oh nak tau satu benda tak? yang ni aku baru tahu jugak tau. Mak cik aku dia duduk area Lumut and dia cakap sebenarnya kalau kita pergi Pangkor dari Marina lagi dekat. 10 minit je, Tapi kalau korang as tourist, naik je la dekat tempat biasa, boleh tengok sekitar2 situ. ha gituuu

OOTD Day 1 dekat Nipah Bay Villa

OOTD Day 2




Jangan risau okay, aktiviti air dekat Pangkor sama je macam pulau-pulau yang lain. Macam aku kalini, tak de pon la nak pergi main apa-apa sebab kitorang nak balik cepat. Plan asal nak la main macam-macam tapi kitorang dapat berita yang acu aku kemalangan. teruk jugak la bahagian muka, Tu yang kitorang sempat mandi laut je.

Okay ni antara aktiviti yang ada lah tau. Dekat pangkor aku baru pernah snorkeling, Big Marble, Jet Ski and Beach BBQ je. Yang lain tak berkesempatan lagi.

dah ready nak terjun laut ni gaiss

Chill dulu tengok anak-anak diorang mandi laut

Jap nak main pasir dulu

allahu sis tengah berdoa ke tu

Okay tu je aktiviti mandi manda aku, mak and adik. Okay untuk review dinner aku dekat Pangkor nanti aku update dekat entry seterusnya okay  (baca sini)


Okay ni appreciation post: Thanks adik jadi photographer tak bergaji aku

Okay la korang, Raby Mendes gerak lu. Jumpa dekat entry seterusnya. bye!

Comments