Bring my International friend makan-makan di Ipoh

Hello Mzuri! Jom makan?

Weh jarang-jarang ni weh aku nak bawak kawan foreigner aku makan dekat Ipoh hehe. Rasa-rasanya la kan, kawan aku ni asal dari mana eh? Jap aku tunjuk gambar dia tau. Sila perhatikan betul-betul okay!



haa dari mana agaknya eh? Kawan aku ni dari Kuala Kangsar je. Not really international hahaha 30 minit je dari Ipoh tapi Ainil nganjing si Aina ni. Mentang2 la Aina jarang turun Ipoh dengan kawan-kawan, habis dia panggil Aina ni foreigner Kuala Kangsar sepanjang hari. So harini, masih dalam bulan Syawal dan kita sebagai orang melayu ni macam biasa la dengan hashtag rayakansebulannn.

Tujuan asal Aina turun Ipoh ni sebab nak beraya rumah aku dengan Ainil tapi last2 kitorang tukar plan which is MAKAN-MAKAN.

Okay dari pukul 11:00 pagi sampai 5:30 petang kitorang berjaya makan macam2 hehe



Okay meh sini aku listkan dulu tempat mana yang kitorang pergi tau

1) AEON Klebang (Yubiso.Daiso, Guardian, Tealive, Celup Tepung)
2) Wing Zone Ipoh
3) Plan B (Pusing2 je)
4) Inside Scoop
5) MyKori
6) Le Petite Mary Patisserie
7) Instea Ipoh
8) AEON Kinta City

Haa sumpah weh perut kitorang tak rehat langsung. Ikutkan plan asal last sekali nak pergi padang polo makan laksa dengan keropok lekor tapi tu la perut dah kenyang sangat-sangat.

Aku tak ada lah nak kasi review ke apa ke sebab aku tak ada amek gambar makanan dengan menu dekat semua tempat yang kitorang makan tu pastu aku macam tak terpikir pon nak update blog. Ni aku update pon sebab blog aku dah berhabuk. Next time aku akan pergi semula and tangkap gambar makanan, menu, suasana kedai pulak.

1) Wing Zone Ipoh
Ainil dia nak stay hydrated, so pilihan dia adalah air kosong.


Nasi Ayam ni RM11.90. ni yang paling murah la. Sumpah berbaloi sebab ayam dia mashaAllah banyakkk. jangan amek flavor thai chilli kalau korang tak suka manis manis. Aina dia amek Tokyo Dragon.


Makanan yang aku pegang ni aku tak ingat dia set apa. Tapi ada wedges, sausage, ayam

Antara yang kitorang order. Oh ye, air dia boleh refill tau korang hehe

kita kasi OOTD By Ainil jap berbackgroundkan dalam restoran Wing Zone.

nak jugak OOTD. OOTD By Aina ada dekat gambar intro tadi tauu


2) Inside Scoop

 Inside Scoop ni tempat makan ais krim. dengar nama kedai pon tau dah. aku punya perisa lemon tau, mula2 rasa tu rasa macam wow masam dia sedap sangat. tapi bila makan lama2 tu Ya Allahh masam nauu. Before beli korang boleh rasa dulu mana satu yang korang nak. nanti dia kasi satu sudu untuk rasa. paling banyak rasa, Ainil la hahaha


Dragonfruit RM8/scoop
Lemon RM8.30/Scoop
Coffee RM 10.20/Scoop

Ni pulak suasana dari luar kedai Inside Scoop tu

3) MyKori

tea tarik and watermelon

Ni antara yang kitorang order. Total semua ni RM31

4) INSTEA

Ni antara interior design dalam instea shop tu. cantik weh putih pink gitu. Dia macam tealive apa semua tu la weh. Aku tak ada la pulak amek gambar air dia.


tengah dengar Aina membawang.

5) Le Petite Mary Petisserie

Okay kedai kek ni kan sumpah cantik gila namamposss!!! sumpah aku tak rasa macam ada kat Ipoh tauuu!! haa rasa nak nangis tengok design dia.

Ni nak kata macam Secret Recipe pon tak. Tapi menu utama dia kek la. Kek dia pulak weh, harga standard macam Secret Recipe tapi mahal sikit. Mahal pon puas hati weh sebab service dia torbaekk. pastu kotak kek pon comel sampaikan rasa nak nangis bila nak buang tu. haa gitchuu. Kek dia pulak banyak omey omey.

 Ni antara suasana dekat luar kedai tu. Dalam kedai pon ada tapi aku lupa nak transfer ke dalam laptop hahaha pastu terus rasa malas nak transfer.

 Foreigner Kuala Kangsar pon nak bergambar jugak dekat luar kedai sebab cantik!!

Yeayy i got my Green Tea Cake!! Sedappp dan tak terlalu manis. HAAA KO TENGOK LA BELAKANG TU!! CANTIKKAN KEDAI DIAAAAA 🙉😿 
Okay ni kitorang dekat depan pintu nak masuk tu hehe. Pintu pon lawa gaisss.


Okay tu je kot untuk harini. Next time kalau ada rezeki aku nak repeat balik semua kedai2 yang aku pergi tu and nak amek gambar menu apa semua dengan proper. baru puas hehe

Comments

  1. Memang suka buat saya terliut ke macam mana... Aduhh saje betul laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha aah nampak nya macam tu lah. nanti datang la Ipoh

      Delete

Post a Comment